Friday, 28 August 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my Muslim friends. It’s the month of fasting again. May Allah SWT grant you a successful Ramadan. Hopefully we will all be blessed during this holy month and our "amal ibadat" be accepted. Amin.


Wednesday, 19 August 2009

Konvokesyen Ke-13 UNIMAS



Last week, merupakan konvokesyen UNIMAS yang ke-13... Awal-awal lagi diri ini telah meng-"apply" cuti selama 4 hari setelah tiket flight dibeli... Pulang saja dari kerja pada petang Rabu, diri ini terus pulang ke Permas Jaya... Malam pula, diri ini bersama-sama dengan Johanna pergi ke Tebrau City untuk membeli sedikit barang keperluan... Di sana sempat juga Johanna meng-"pow" diri ini untuk makan di Johnnys... Esoknya keluar dari rumah pada pukul 9.30pagi kerana mama ingin ke Kempas Utama dahulu untuk menyudahkan urusannya... Dari sana terus ke airport.. Setelah check in barulah mendapat info yang mana flight yang dijadualkan pada pukul 12.45pm telah delay selama sejam 5 minit.. Jadi diri ini bersama-sama mama dan ayah pun duduk menunggu di situ...



Penerbangan ke Kuching mengambil masa selama sejam dua puluh minit... Apabila sampai ke Kuching International Airport, Zaila (anak kawan mama) telah sedia menunggu... Dari situ kami terus menuju ke Demak untuk menghantar Zaila ke restoran milik ayahnya dan membolehkan kami meminjam + seterusnya menggunakan kereta milik ayahnya.. Dari Demak, kami terus menuju ke Bandaraya Kuching untuk check in hotel... Setelah mengeluarkan barang-barang dari kereta, kami keluar untuk ke UNIMAS di Kota Samarahan.. Ayah dan mama mahu melihat sekitar UNIMAS dan seterusnya berkunjung ke Pesta Konvo... Akan tetapi hari tersebut merupakan hari pertama Pesta Konvo diadakan, jadinya tidak banyak gerai yang beroperasi dan kebanyakkannya masih sibuk me-"loading" barang... Diri ini mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan my best fren, Liza Pang Chui Fen.. Kami berjumpa di tepi tasik UNIMAS di kampus barat dan dari situ diri ini bersama-sama dengan ayah dan mama terus menuju ke Kuching... Kami berpusing-pusing mencari kedai makan dan akhirnya kami ternampak adanya Pesta Makan di depan bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.. Setelah kenyang, kami pun pulang ke hotel...



Keesokkan paginya, ayah menghantar diri ini untuk mengambil jubah bagi konvokesyen di kampus barat UNIMAS.. Setelah mengambil jubah, ayah pun menghantar diri ini ke rehersal konvokesyen di kampus timur UNIMAS... Di sana, diri ini sempat bermesra dengan teman-teman.. Ada Liza Pang, Judithacia, Eliza dan Salmi... Diri ini juga sempat bertukar-tukar kabar dengan Louis, Fadzly, Renny, Anderson & Suffian... Setalah tamat rehersal, diri ini bersama rakan-rakan berkunjung ke pesta konvo... Setelah itu, ayah dan mama pun datang mengambil diri ini... Kami makan tengahari di Serapi Corner di Batu 7... Dari situ, diri ini membawa ayah dan mama ke Main Bazaar untuk membeli cenderamata.. Banyak juga laa barang-barang yang diborong..



Pagi esoknya, awal pagi lagi kami check out dari hotel disebabkan diri ini akan menghadiri majlis konvokesyen pada sidang 1... Sampai di sana, diri ini berkumpul dengan teman-teman di bilik seminar 7... Agak lama jugak menunggu sebelum para graduan diarahkan beratur untuk masuk ke dalam Dewan UNIMAS... Upacara konvokesyen pada pagi itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng... Sudah semestinya perasaan gembira kerana akhirnya diri ini dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Kajian Perancangan dan Pengurusan Pembangunan)... Setelah tamat majlis konvokesyen tersebut, ada majlis bersama-sama para graduan Fakulti Sains Sosial di Dewan Kuliah 5.. Sempat juga laa diri ini bergambar dengan Dr. Wong dan juga Dr. M.. Tetapi agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan Miss Regina, Puan Haslina dan beberapa orang lecturer yang lain...



Setelah itu, ayah mengajak diri ini untuk ke Semenggor Wildlife Center... SWC merupakan salah satu tempat pemeliharaan orang utan di Sarawak.. Jadi dengan berbaju kurung yang dipakai untuk majlis konvo, diri ini terus ke sana... Kami agak bernasib baik, kerana pada hari kami berkunjung itu, terdapat 3 orang utan yang keluar.. Menurut ranger pusat tersebut, beberapa hari ini kebiasaannya orang utan tidak keluar dari dalam hutan disebabkan mereka mempunyai bekalan makanan yang cukup...



Pada pagi Ahad pula, kami merancang untuk ke Serikin... sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Bau.. Ia merupakan sempadan Sarawak - Indonesia.. Di sana terdapatnya kawasan yang menempatkan para penjual yang menjual barangan dengan harga yang sangat murah... Sempat juga diri ini meng-"pow" ayah untuk membelikan stuff untuk diri ini... Kami berada di sana sampai ke tengahari... Sebelum pulang, kami sempat berkunjung ke Gua Angin... Akibat keletihan akibat cuaca yang panas terik dan penat berjalan, kami terus pulang ke hotel untuk berehat.. Pada malamnya, kami ke Petra Jaya untuk ke rumah Mak Su.. Mak Su awal-awal lagi telah menelefon mama dan menjemput kami untuk makan malam di sana..



Hari Isnin pula, diri ini sekali lagi kembali ke UNIMAS (buat yang terakhir kalinya) untuk memulangkan jubah dan seterusnya mengambil transkrip akademik... Sampai-sampai sahaja di pintu masuk UNIMAS di kampus barat, ramai graduan yang sedang mengambil gambar, jadi diri ini juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar... Setelah itu, barulah diri ini pergi ke bangunan BHEP untuk memulangkan jubah...





Dari UNIMAS diri ini membawa ayah dan mama untuk ke Matang Wildlife Center dan juga Kubah National Park.. Saja-saja ke sana untuk bersiar-siar dan mengambil gambar... Dari situ kami ke Pasar Satok untuk membeli sayur-sayuran dan terubuk masin.. Saya juga sepat ke Petra Jaya untuk membeli kek lapis Sarawar...



Flight pada hari Selasa, berlepas pada waktu yang dijadualkan.. Sampai di Johor Bahru, Johanna telah sedia menunggu dan kami terus pulang ke Permas Jaya.. Setelah berehat dan mengeluarkan barangan, diri ini terus pulang ke Gelang Patah...



Nway.. Tahniah kepada kawan-kawan yang telah pun bergraduat pada konvokesyen yang lepas and hope kita akan berjumpa lagi di lain masa. :)


Thursday, 13 August 2009

Flight Delay

Now tepat 1.05pm, diri ini berada di Senai International Airport... Menunggu masa untuk berlepas ke Kuching, Sarawak... Penerbangan yang dijangka berlepas pada pukul 12.45pm telah "delay" pada pukul 1.50pm... Bosan menunggu, jadi diri ini pun mengambil kesempatan untuk meng-"online"kan diri di kiosk internet di tepi Deli Cafe ni.. Sempat juga, ber-"YM" dengan teman-teman sepejabat dan juga encik boyfren... Perut pun dah terasa lapar, harap-harap menu lunch yang disediakan oleh MAS hari ni sedap :)


Wednesday, 12 August 2009

Jalan-Jalan



Semalam, diri ini bersama-sama teman pejabat, Radhiah dan Amri telah meluangkan masa untuk berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Johor Bahru.. Pada mulanya Radhiah mencadangkan untuk kami dinner di Kg. Melayu Majidee, kerana dia "mengidam" yong taufou.. Then setelah berbincang, Radhi pun bersetuju untuk tidur at my house.. So lepas Maghrib, Amri telah datang ke rumah dan memakir motornya di situ.. Dari situ barulah kami menuju ke rumah sewa Radhi di Taman Perling untuk membolehkan Radhi mandi dan mengemas barang-barang... Dari situ, kami terus menuju ke Kg. Melayu... Agak lama jugak kami "melepak" sambil makan & berbual.. Setelah itu, Radhi mencadangkan kami berjalan-jalan ke Danga Bay... So anda semua bolehlah melihat (gambar di atas), aksi-aksi kami semasa di Danga Bay yang sempat dirakamkan.

Esok pula diri ini dan my parents akan bertolak ke Kuching, Sarawak.. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan teman-teman yang memang sangat dirindui (especially my best fren, Liza Pang Chui Fen), di kesempatan ini, diri ini ingin mengucapkan Selamat Bergraduat kepada teman-teman & jumpa di sana yer!

Flight Details

DEPART
Johor Bahru - Sultan Ismail International To: Kuching
Flight: Malaysia Airlines MH2502 Aircraft: Boeing 737-400
Depart: Thu, 13 Aug, 12:45 Arrive: Thu, 13 Aug, 14:10

RETURN
Kuching To: Johor Bahru - Sultan Ismail International
Flight: Malaysia Airlines MH2501 Aircraft: Boeing 737-400
Depart: Tue, 18 Aug, 10:50 Arrive: Tue, 18 Aug, 12:10


Tuesday, 11 August 2009

Sakit-Sakit



Last week, diri ini telah terkena demam selsesa + batuk-batuk + sore throat.. Mungkin diri ini dijangkiti virus-virus semasa meziarahi officemate yang accident di Hospital Sultanah Aminah (HSA), FYI one of my friend kat office nie telah dilanggar kereta last Tuesday, so on Wednesday tu, ramai-ramai laa datang melawat beliau di HSA.. So rasenya diri ini mula rasa tak sedap badan sejak pulang dari hospital laa tu...

Jovairia pula cuti mid-sem.. So planning nak sleep over at my house on Wednesday tu, tapi sebab badan dah rasa semacam ajer, so diri ini pun ke klinik di Nusa Perintis.. Banyak jugak laa ubat yang diberi oleh encik doktor tu + he also gave me mc... Then my dad call and suruh my sister balik ke rumah, coz on the next day (which i'm on medical leave), my dad nak ke melaka.. So dia nak my sis temankan dia driving laa.. Disebabkan my dad juz pergi balik hari jer, so I pun ikot sekali..

So on the next day, pagi2 lagi kitorg dah bertolak ke Melaka, my dad pun settlekan laa urusan dia kat sane and dalam tengahari tu seme dah settle, so I pun pujuk my dad untuk ke Dengkil coz nak tengok Johan kat sane.. So daripada nak balik JB terus, kitorg pun singgah dulu ke MIAT.. So we had our lunch ngan my lil bro kat Nilai and then dia ajak my dad ke Giant Nilai, untuk beli some groceries.. Then from kitorg pun terus balik ke JB...



Wednesday, 5 August 2009

My Cat Just Had Kittens



So my cat had kittens this morning. I woke up at 4am and 2 newborn kittens in my bed. I knew it would be soon, but not this quick. And just now my dad sms me and told me that its not only 2 newborn but there are 5 beautiful little bundles of fluff.